PROTEGE DI TNB ILSAS

Program Protege digantikan dengan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) pada bulan Februari 2019. Di mana aku adalah first batch yang di gelar sebagai Protege.

Pengalaman aku sebagai Protege di TNB ILSAS amat aku hargai. Mentor aku En. Noor Azmi Sulaiman memang sangat sporting. Aku ditempatkan di department Business Development and Marketing, TNB ILSAS.

Kerja aku sebagai protege adalah menjadi Young Executive di TNB ILSAS. Kerja yang aku lakukan adalah merakam video dan mengedit video. Selain daripada itu, aku juga ada design poster, brochure, dan bunting untuk kursus yang ingin di promote dari ILSAS ini.

Banyak benda baru yang aku belajar dalam program ni, samaada secara langsung mahupun tidak langsung.

Antaranya, aku merakamkan video menggunakan Smart Phone..,beserta gimbal. Gimbal adalah alat yang memudahkan kita untuk merakam agar tidak gegar. Jenama yang aku gunakan adalah DJI Osmo Mobile 2.

Aku juga diberikan kepercayaan dan peluang untuk mengendalikan sebuah projek, iaitu Projek Video Korporat dimana aku harus handle jadual antara vendor dan trainer. Memastikan shooting berjalan dengan lancar dan sebagainya. Aku akui memang agak mencabar dalam mengendalikan sebuah projek kerana ini adalah projek aku pada pertama kalinya.

Dan Alhamdulillah, aku diberikan comment yang positif oleh, HOD dan Mentor aku semasa menjalani program Protege ni.

Di bawah ni adalah buktinya. Sorry tulisan agak sukar untuk difahami. (haha)



Follow sis di Instagram! https://www.instagram.com/ekynnabila/

Follow sis di Facebook! 
https://www.facebook.com/ekyn.winchester

Anda ada pertanyaan? Saja2 nk bersembang? Tekan link di bawah, jom sembang2! :D
Sembang di sini!


Comments